Sunday, May 22, 2011

Of someone special

"Look at the stars, look how they shine for you, everything you do, and they were all yellow."

Memang benar, sudah jadi fitrah manusia untuk menyukai seseorang. Yang lelaki akan sukakan perempuan, dan yang perempuan akan sukakan lelaki. Hakikat ini memang tidak dapat dicanggah, memang semua orang tahu dan sedar akan hakikat ini.

Tapi, walaupun fitrah manusia begini, tak bermaksud kita boleh biarkan hawa nafsu jadi captain dalam diri kita. Maksudnya, dengan adanya fitrah sebegitu, tak bermaksud hawa nafsu boleh ambil alih dan bawa fitrah tu ke arah yang terkutuk. Manusia kan sebaik-baik kejadian, jadi kenalah gunakan akal instead of hawa nafsu untuk jadi captain kepada diri sendiri, tak begitu?

Memang benar bercinta itu indah. Memang betul sukanya pada dirinya, sukanya pada ciptaan Allah yang berlainan jantina. Tambah-tambah kalau si dia ada aset yang kita suka pada seseorang manusia, lagi lah bergetar jiwa, dan berbunga hati setiap kali teringatkan si dia. Kan?

Tapi, kita kena ingat yang tak semestinya dia jodoh kita. Dan angau-angau semua ini kan ibarat orang yang tidak berilmu? Selalu saja membayangkan macam-macam, sedangkan semua itu tidak semestinya terjadi pun. Sekadar angan-angan yang entah ke mana. Mungkin kalau tolong emak kat dapur lagi bagus. Atau tolong adik buat kerja sekolah ke.. =)

Memang betul tak salah mencintai seseorang. Tapi ada suatu hakikat yang kita tak boleh elak; cinta manusia itu tak semestinya berbalas. Boleh jadi kita terlalu menyayangi dirinya, boleh jadi kita ikhlas terhadapnya. Tapi tak semestinya dia berkongsi perasaan yang sama kan? Sebaliknya, cinta Allah itu berbalas. Kalau kita mencintai Allah, iaitu pencipta kita, sudah pasti Dia juga akan mencintai kita. Satu langkah kita dekat kepadanya, 10 langkah Dia akan dekat kepada kita. Cinta kita pasti berbalas sekiranya kita mencintai Allah, tetapi kalau cintakan manusia, belum pasti lagi cinta tu berbalas atau tidak. Kalau berbalas pun, mungkin tidak akan bertahan lama. Sebab hati manusia cepat berubah. Hati manusia tidak sentiasa tetap.

Allah dah tetapkan jodoh masing-masing di Lauh Mahfuz lagi. Kalau kita betul-betul yakin dengan kuasa dan ketetapan-Nya, apakata kita baiki diri sebaik-baiknya, agar suatu hari nanti, bila dah tiba masanya untuk bertemu dan disatukan dengan dirinya, si dia akan dapat memiliki kita dalam keadaan diri kita yang terbaik. Jadi sekarang, jom persiapkan diri dengan indah dulu, dari segi akhlak, agama dan ilmu untuk jadi wanita terindah. Supaya nanti, bila hari itu tiba, si dia akan berasa beruntung sangat sebab dapat memiliki kita dalam keadaan diri kita yang terbaik. Iaitu dalam keadaan yang masih suci, bukan sahaja jiwa dan raga, bahkan juga dari perasaan; perasaan cinta hanya untuk si dia yang halal, iaitu bebas dari pencemaran mencintai manusia lain yang tidak halal bagi kita.


"Aku berdoa agar si dia yang telah ditetapkan untuk menjadi jodohku akan menjadi khalifah Allah yang syumul, imam yang mulia untuk solat-solatku, pemimpin masyarakat yang adil dan saksama, ulama yang berilmu, anak yang soleh, suami yang mampu membahagiakan isterinya, hamba Allah yang betul-betul mencintai penciptanya dengan sepenuh hati dan penuh keimanan, dan yang paling penting, mencintaiku ikhlas kerana Allah S.W.T "

Kita sama-sama yakin dengan Allah kan? Jadi, ayuh sahabat, mari kita perbaiki diri kita dahulu sebelum si dia muncul untuk menjadi pemimpin dalam hidup kita dan ayah kepada zuriat-zuriat kita. Amin. =)

Sama-sama kita persiapkan diri sambil sabar menunggu ya? =)

No comments:

Post a Comment